Tuesday, 5 August 2014

Resipi Ayam Masak Merah

Assalamualaikum.

Kali ini saya ingin berkongsi resepi ayam masak merah yang sangat mudah. So, senanglah bagi yang baru bergelar isteri untuk memikat selera suami.

Bahan-bahan.
1 biji bawang besar  dan 3 ulas bawang putih (dikisar bersama)
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 sudu cili giling / cili boh
1 batang serai (diketuk)
5 sudu sos cili
Garam secukup rasa
2 sudu gula
5 ketul peha ayam yang telah digoreng separuh masak.
Secawan air

Cara Memasak.
1.       Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang sudah dikisar, cili giling, serai dan garam secukup rasa.
2.       Selepas 3 minit, masukkan sos cili dan tunggu sehingga pecah minyak.
3.       Setelah pecah minyak, masukkan gula.
4.       Selepas 1 minit, masukkan ayam, air dan bawang yang dipotong dadu.
5.       Tunggu sehingga ayam masak


Sekarang ayam masak merah pun dah siap. Next time, saya akan kongsikan resepi lain pula. Bye J

No comments:

Post a Comment