Thursday, 24 July 2014

Bukan Mahram untuk Bersalaman di Hari Raya

Assalamualaikum,

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba, hati terdetik untuk menperingati sesama islam. Sekadar peringatan bersama...Bukan Mahram yg tak boleh salam masa raya:

Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)


Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak

Kadang2 kita terlupa. Nampak mcm boleh tp sbnrnya tak boleh :)

Cara Menganyam Ketupat

Assalamualaikum,


Pejam celik pejam celik, Ramadan pun hampir berakhir. Tentu ramai yang tengah buat persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masa nie la nak cari baju raya, kasut raya, biskut raya dan macam-macam lagi untuk memeriahkan lagi suasana Aidilfitri.

Dalam sibuk-sibuk buat persiapan, tentu ada yang teringin nak menganyam
ketupat untuk mak ayah atau mertua (amik hati la katakan). Hati teringin nak sangat buat, tapi x reti. So, kali nie saya akan share bagaimana cara menganyam ketupat.

Kita perlu menggunakan riben untuk permulaan belajar menganyam ketupat. Seeloknya, guna dua warna yang berlainan untuk memudahkan lagi kita belajar.

Cara Menganyam Ketupat:

1. Potong riben panjang 32 inci.

2. Lilit riben seperti gambar berikut.




3. Seterusnya, sila tonton video